Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Resepi Tom Yam

Salam...

Mood memesak is on...
hehhee...
bukan tak rajin memasak...
tapi la bersemangat nak masak...
semua orang da tau resepi nie...
saje..
nak share je...
senang je...hehhehe...

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
  7. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.




Resepi from : http://www.myresipi.com/top/detail/802

Sunday, September 4, 2011

Resepi Kek Batik



Salam...

bermonolog seorang diri...
urmmmm...macam nak buat kek batik la...
diri sendiri teringin nak makan...

mungkin terkuat sangat monolog...
sampai my hubby terdengar...

Hubby: bie suke kek tue...bie makan kek tue...
(almaklumlah...hubby seorang yang tak makan sayur and buah-buahan kecuali cendawan, jagung and jambu sahaja...sahaja okey)

entah berapa kali dia ulang ayat itu...
okey la...
esok pon me seorang sahaja kat rumah...
me and hubby tak keje...
so..apa lagi..
boleh la me buat untuk En. sakit sorang nie...

korang tahu tak nak buat Kek Batik nie Macam mana???
simple jek..
pada yang tahu tue...
bagus la...
mana yang tak tahu tue...
nie resepi dia...



Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang


Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/1688
Related Posts with Thumbnails