Saturday, August 20, 2016

Resepi Ayam Cendawan masak Black Paper


Bahan-Bahan:
Ayam separuh – dipotong
10 biji cendawan butang segar – potong halus
4 batang celeri – potong serong (optional.. Sy tak letak)
1 inci halia – dihiris nipis
2 biji bawang besar – potong empat
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu kecil kicap manis
2 sudu kecil sos tiram
4 sudu besar minyak masak
Tepung jagung secukupnya sebab nak bagi pekat – bancuh dengan air sampai jadi pes
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat:
1.Gaulkan ayam dengan garam dan goreng sampai separuh masak.Kemudian angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau dengan menggunakan minyak ayam tadi, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan ayam dan kacau seketika.
4.Selepas itu,masukkan pula cendawan, celeri, minyak bijan, sos tiram dan kicap manis kemudian kacau sehingga cendawan menjadi sedikit layu.
5.Tuang sedikit air,agak-agak je,kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
6.Akhir sekali,perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Selamat mencuba.. 😘

No comments:

Related Posts with Thumbnails